Apabila telah disahkan oleh doktor mengandung, ibu tersenyum lebar, gembira dihatinya tak terkira. Setiap harinya dirasakan seperti hidupnya telah sempurna dan bahagia. Selama 9 bulan ibu mengandungkan bayi itu, penat jerih seorang ibu tanpa suaminya disisi, kerana suaminya seorang tentera maka dihantar bertugas di luar negeri, mengharungi kehidupan untuk memasak, basuh kain, mengemas rumah selama 9 bulan. Tapi ibu tidak mengeluh, kerana anak yang dikandungnya ditunggu-tunggu kehadiranya. Apabila tiba masa untuk melahirkan bayi itu. Ibu menderita untuk melahirkan seorang bayi, sakitnya tak terkira seperti separuh mati.
Melahirkan adalah suatu peristiwa yang amat menyakitkan, azab pedih untuk melahirkan seorang insan ke dunia ini. Selama 2 jam ibu terseksa berada di wad ditemani jururawat, lagi tanpa suami disisi, maka lahirlah seorang insan ke dunia ini.Setelah anak itu besar, anak itu meninggikan suara tanpa rasa bersalah kepada ibu, dan meninggalkan ibu. Tinggallah ibu dalam kesedihan, anak yang disanjung dan disayangi sepenuhnya telah meninggalkan ibunya. Kesedihan yang ibu rasa hanya Tuhan saja yang tahu.
Ingatlah wahai sahabat, sama-sama kita menjaga dan menyayangi ibu kita tak kira ibu kita telah tua atau masih muda, yang masih mempunyai ibu, rebutlah peluang untuk berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.
Koleksi gambar seorang ibu.
Firman Allah Taala; “Sesungguhnya Allah SWT akan mempercepatkan kebinasaan dan kecelakaan seseorang apabila dia menderhakai kedua ibu bapanya, iaitu akan dipercepatkan seksaannya. Dan sesungguhnya Allah akan menambah umur seseorang, jika dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka dia akan memberikan perbelanjaan kepada keduanya, jika mereka berdua memerlukannya”.