Tuesday, 29 May 2012

Sumber Kepada Ajaran Islam

Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Aku tinggalkan kepadamu dua perkara,jika kamu bepegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.(Hadis ini telah direkodkan oleh Al-Hakim dan Ibn Abdul Barr daripada Abdullah bin Omar dan Direkodkan oleh Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah.

Ajaran yang sempurna semestinya memerlukan sumber yang kukuh.
Sumber kepada ajaran islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah,kedua-dua sumber ini saling melengkapi dan wajib diikuti oleh semua umat islam.Sesungguhnya islam adalah kehidupan yang penuh dengan syariat(peraturan) bagi menjamin kesejahteraan hidup.Allah juga telah menjelaskan dalam
(Surah Al Jaathiyah Ayat 18) berhubung dengan perkara ini,
Maksudnya:Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
(Surah Al-Jaathiyah Ayat 18)


Sumber: Seluaslautan.blogspot

No comments:

Post a Comment